*Adakah anda berminat untuk mengetahui 77 Cabang Keimanan?*
Imam al-Baihaqi ada menulis sebuah buku yang tebal bertajuk Syu’ab al-Iman yang bermaksud cabang-cabang keimanan. Beliau membawakan sekitar 10756 riwayat beserta sanadnya yang terdiri daripada hadis-hadis nabi sallahu ‘alaihi wasallam, kata-kata ulama, dan syair yang berkaitan dengan cabang-cabang keimanan yang dibincangkan.
Lalu datang Imam al-Qazwini meringkaskan buku yang penuh manfaat ini agar mudah dibaca oleh masyarakat umum. Daripasa naskhah asal yang mempunyai 13 jilid, maka ringkasan yang di hadapan kita ini hanya 1 jilid sahaja dengan setebal 155 muka surat.
Saya telah selesai membaca keseluruhan buku ini. Ia sangat bermanfaat kerana ia bukan sekadar membincangkan iman pada sudut kepercayaan di dalam hati, bahkan ia menunjukkan bagaimana kedudukan iman seseorang berkait rapat dengan perilakunya dalam berinteraksi dengan ahli keluarga, jiran, masyarakat, hatta dengan makhluk-makhluk lain. Jelas iman itu bukan sekadar dihati, sebaliknya terbukti dengan perbuatan, bukan hanya dengan Tuhan, bahkan dengan makhluk Tuhan. Saya sangat bercita-cita untuk berkongsi kandungan buku ini dengan masyarakat.
Ustaz Abdullah Bukhari menukilkan dalam kata pengantarnya kepada buku ini:
Saya lihat buku 77 Cabang Iman Menurut al-Quran dan Hadith ini sangat praktikal bagi keperluan Muslim modenβ¦ Ia disusun secara ringkas padat dengan dalil yang jelasβ¦Ketika meneliti baris-baris buku ini saya rasa seolah-olah saya sedang membaca sebuah kitab mini Tafsir bi al-Maβthurβ¦
Buku ini sesuai dijadikan silibus ringkas akidah untuk orang awam dan para pelajar agama kerana perbincangan akidah dan iman terus kepada sumber utama Islam.
Saya telah menghuraikan sehingga cabang iman ke 19, alhamdulillah. Boleh rujuk video rakaman di sini –>
Adakah anda berminat untuk mendapatkan buku ini?
Harganya hanya RM25 sahaja.
Jika anda mahu mendapatkan buku ini, whatsapp saya di sini –> www.wasap.my/60132506391/cabang+iman
Ayuh sebarkan agar keimanan terus mekar dalam kehidupan kita dan kita menjadi manusia yang baik dalam hubungan dengan Allah dan makhluk-makhluk Allah π