Allah akan membalas dengan sepuluh kali kebaikan.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا ‏”‏ ‏.
Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadis no: 408].

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مَرَّةً وَاحِدَةً، كَتَبَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ
Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.
[Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah, hadis no: 7561. Shaikh al-Arnaouth berkata: Hadis sahih].

‏Menjadi manusia paling dekat dengan nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً ‏
Manusia yang paling dekat dengan ku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atas ku.
[Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Witr, hadis no: 484, hasan gharib].

Antara ciri manusia kedekut ialah tidak berselawat ketika nama nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam disebut.

Daripada ‘Ali radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَىَّ ‏”
Orang yang kedekut ialah sesiapa yang nama ku disebut di sisinya tetapi dia tidak berselawat ke atas ku.
[Jami’ at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 3546, hasan sahih gharib].

Ingat Jumaat, Ingat Selawat 🙂

Daripada Aus bin Aus radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu bersabda:

فَأَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَىَّ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرِمْتَ يَقُولُونَ بَلِيتَ ‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَى الأَرْضِ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاءِ
Perbanyakkan selawat ke atas ku pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kalian dibentangkan kepada ku. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana selawat kami dibentangkan kepada kamu sedangkan tubuh engkau telah hancur? Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan jasad para nabi daripada di makan bumi. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Solat, Bab Fadhl Yaumil Jumu’ah wa Lailatil Jumu’ah, no: 1047]

Kata Imam Syafie:

وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في كل حال ، وأنا في يوم الجمعة ، وليلتها أشد استحبابا ، وأحب قراءة الكهف ليلة الجمعة ، ويومها لما جاء فيها
Aku suka membanyakkan selawat ke atas nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap keadaan, dan pada siang dan malam Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca surah al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat [al-Umm]