Kelebihan Sepuluh Hari Awal Bulan Zulhijjah
Pahala lebih besar daripada jihad
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ” مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ”. قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ” وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ”.
Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih afdhal daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Tidak juga jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eid, hadis no: 969].
Dalam Sunan ad-Darimi disebutkan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebih dicintai’ oleh Allah.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ عَمَلٍ أَزْكَى عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَلَا أَعْظَمَ أَجْرًا ، مِنْ خَيْرٍ يَعْمَلُهُ فِي عَشْرِ الْأَضْحَى ” . قِيلَ : وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ ” .
‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada amalan yang lebih mulia dan lebih besar ganjarannya di sisi Allah berbanding amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada sepuluh hari Zulhijjah. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya: Tidak juga jihad di jalan Allah? Jawab baginda sallallahu ‘alaihi wasallam: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya, dan dia tidak pulang (kerana syahid).
قَالَ : وَكَانَ سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ إِذَا دَخَلَ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، اجْتَهَدَ اجْتِهَادًا شَدِيدًا حَتَّى مَا يَكَادُ يَقْدِرُ عَلَيْهِ .
Sa’id bin Jubair rahimahullah apabila masuknya sepuluh hari awal Zulhijjah, dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke tahap maksima yang dia mampu. [Sunan ad-Darimi, Kitab al-Sawm, hadis no : 1727, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan. Rujuk Sahih at-Targhib : 1148]
قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ “
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Hari yang paling ramai Allah bebaskan hamba-hambanya daripada neraka ialah hari Arafah. Dia akan menghampiri mereka, kemudian akan membanggakan mereka di hadapan malaikat, lalu berfirman: Apa yang mereka semua mahu? [Sahih Muslim, Kitab al-Hajj, hadis no : 2410]
Ini menunjukkan bahawa pahala amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah akan berganda-ganda melebihi hari-hari biasa. Kenapakah sepuluh hari awal Zulhijjah mendapat kemuliaan sebegitu rupa?
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menghuraikan dalam Fathul Bari:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
Sebab yang menjadikan sepuluh hari awal Zulhijjah itu mulia kerana ia merupakan tempat berkumpulnya semua pokok-pokok ibadah iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Ini tidak akan berlaku pada hari-hari yang lain. [Fathul Bari m/s 534]
وسئل عن عشر ذي الحجة والعشر الأواخر من رمضان . أيهما أفضل ؟
Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ditanya antara sepuluh hari awal Zulhijjah dan sepuluh hari akhir Ramadhan, yang manakah lebih afdhal?
Jawab beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdhal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdhal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
Amalan-amalan dalam bulan Zulhijjah
1) Membanyakkan amalan soleh
Membanyakkan amalan soleh pada 10 awal Zulhijjah merupakan satu sunnah berdasarkan hadis kelebihan Zulhijjah di atas. Ia merangkumi semua amal soleh seperti puasa, membaca al-Quran, Qiamullail dan sebagainya.
2) Berpuasa
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ” يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَخَمِيسَيْنِ “
Sebahagian isteri-isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis. [Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417]
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah menyebutkan:
و ممن كان يصوم العشر عبد الله بن عمر رضي الله عنهما و قد تقدم عن الحسن و ابن سيرين و قتادة ذكر فضل صيامه و هو قول أكثر العلماء أو كثير منهم
Antara mereka yang berpuasa pada sepuluh awal Zulhijjah (yang dimaksudkan di sini ialah satu hingga sembilan Zulhijjah kerana sepuluh Zulhijjah haram berpuasa) adalah ‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhu. Imam Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, dan Qatadah juga menyebutkan tentang kelebihan berpuasa pada hari-hari tersebut. Ini merupakan pendapat majoriti ulama’.
و كان ابن سيرين يكره أن يقال : صام العشر لأنه يوهم دخول يوم النحر فيه و إنما يقال : صام التسع و لكن الصيام إذا أضيف إلى العشر فالمراد صيام ما يجوز صومه منه
Imam Ibnu Sirin tidak suka untuk disebut: Puasa sepuluh hari kerana ditakuti iakan memasukkan sekali hari an-Nahr (10 Zulhijjah), dan lebih elok disebut: Puasa sembilan hari. Akan tetapi apabila disebutkan puasa sepuluh hari, yang dimaksudkan ialah puasa pada hari-hari yang dibenarkan puasa padanya.
[Lathoif al-Maarif m/s 226]
Lebih-lebih ditekankan untuk berpuasa pada hari 9 Zulhijjah, iaitu pada hari Arafah.
Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]
3) Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .
Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat [Sahih al-Bukhari secara ta’liq, bab Kelebihan Beramal Pada Hari Tasyriq]
، وَكَانَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُكَبِّرُ فِي قُبَّتِهِ بِمِنًى فَيَسْمَعُهُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ فَيُكَبِّرُونَ وَيُكَبِّرُ أَهْلُ الْأَسْوَاقِ حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يُكَبِّرُ بِمِنًى تِلْكَ الْأَيَّامَ وَخَلْفَ الصَّلَوَاتِ وَعَلَى فِرَاشِهِ وَفِي فُسْطَاطِهِ وَمَجْلِسِهِ وَمَمْشَاهُ تِلْكَ الْأَيَّامَ جَمِيعًا وَكَانَتْ مَيْمُونَةُ تُكَبِّرُ يَوْمَ النَّحْرِ وَكُنَّ النِّسَاءُ يُكَبِّرْنَ خَلْفَ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ ، وَعُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ لَيَالِيَ التَّشْرِيقِ مَعَ الرِّجَالِ فِي الْمَسْجِدِ
Umar radiallahu ‘anhu bertakbir di khemahnya di Mina, jemaah masjid mendengar takbir tersebut, lalu mereka pun bertakbir. Orang-orang di pasar turut bertakbir sehinggakan Mina bergegar dengan takbir.
Ibn Umar radiallahu ‘anhu bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas selesai solat, di atas katilnya, di dalam khemahnya, di dalam majlis yang dia hadiri, di jalan-jalan yang dia lalui.
Maimunah radiallahu ‘anha bertakbir pada hari an-Nahr (10 Zulhijjah), wanita-wanita pula bertakbir di belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz bersama-sama lelaki di masjid pada malam-malam tasyriq [Sahih al-Bukhari secara ta’liq, bab takbir di hari Mina dan ketika bertolak ke Arafah]
4) Menyembelih korban
Firman Allah:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (2)
Maka dirikanlah solat kepada Tuhan mu dan sembelihlah korban. [Al-Kauthar : 2]
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:
” مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا “
Sesiapa yang mempunyai keluasan (harta) tetapi tidak menyembelih korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami. [Sunan ibn Majah, Kitab al-Adhohi, hadis no:3122. Kebanyakan ulama hadis menyatakan riwayat ini hanyalau mauquf, dan tidak sahih riwayat marfu’]
Ulama’ berbeza pendapat sama ada melakukan korban ini sunat atau wajib bagi mereka yang berkemampuan. Ia merupakan sunat di sisi majoriti ulama dan wajib di sisi mazhab Hanafi.
Bagi mereka yang ingin melakukan korban, hendaklah menahan diri daripada memotong rambut atau sebarang bulu di tubuh, dan tidak jua memotong kuku bermula pada 1 Zulhijjah hingga ibadah korban dilakukan.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila masuknya 10 (hari awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Janganlah dia memotong rambutnya dan bulu badannya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adhohiy, hadis no: 1977]
Dalam riwayat lain:
إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Apabila kalian melihat anak bulan Zulhijjah, dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban. Hendaklah menahan diri daripada memotong rambut dan kukunya. [Sahih Muslim, Kitab al-Adhohiy, hadis no: 1977]
Dalam Sahih Fiqh as-Sunnah disebutkan bahawa di sisi Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain hukum larangan di atas bermaksud haram. Manakala di sisi mazhab Syafie hukumnya makruh.
5) Tidak makan sebelum solat raya
عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ لَا يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ ، وَكَانَ لَا يَأْكُلُ يَوْمَ النَّحْرِ حَتَّى يَرْجِعَ
Daripada Ibn Buraidah radiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya) kecuali sehingga telah makan, dan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya). [Sunan Ibn Majah, Kitab as-Siyam, hadis no: 1746]
6) Menunaikan solat raya
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : ” كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ “
Ummu Atiyah radiallahu ‘anha berkata: Kami disuruh untuk keluar pada hari raya, sehinggalah kami mengeluarkan anak dara kami daripada rumah mereka, kami mengeluarkan wanita-wanita yang haidh supaya mereka pun dapat duduk di belakang orang (yang mendirikan solat raya), lalu mereka bertakbir bersama-sama dengan takbir mereka, berdoa dengan doa mereka, dan mengharapkan keberkatan dan kesucian hari tersebut [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, hadis no : 924]
Ulama berbeza pendapat sama ada solat raya hukumnya sunat atau pun wajib.
7) Berdoa
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْأَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ , وَلَهُ الْحَمْدُ , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا غَرِيبٌ هَذَا الْوَجْهِ ، وَحَمَّادُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ هُوَ مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ , وَهُوَ أَبُو إِبْرَاهِيمَ الْأَنْصَارِيُّ الْمَدَنِيُّ ، وَلَيْسَ هُوَ بِالْقَوِيِّ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ .
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no : 3540, Hadis Gharib, terdapat seorang perawi bernama Abu Ibrahim al-Ansari, di sisi Ahli Hadis, beliau bukan perawi yang kuat]
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata:
و يوم عرفة هو يوم العتق من النار ] فيعتق الله من النار من وقف بعرفة و من لم يقف بها من أهل الأمصار من المسلمين فلذلك صار اليوم الذي يليه عيدا لجميع المسلمين في جميع أمصارهم من شهد الموسم منهم و من لم يشهده لا شتراكهم في العتق و المغفرة يوم عرفة
“Hari Arafah adalah hari pembebasan daripada api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan sesiapa sahaja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah –iaitu hari Idul Adha- adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Tidak kira sama ada yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya, mereka bersama-sama akan mendapatkan pembebasan daripada api neraka dan keampunan pada hari Arafah.” [Lathoif al-Maarif ms 234]
Imam Ibn Rajab berkata lagi:
فمن طمع في العتق من النار و مغفرة ذنوبه في يوم عرفة فليحافظ على الأسباب التى يرجى بها العتق و المغفرة
Sesiapa yang berkeinginan untuk dibebaskan daripada api neraka dan memperolehi keampunan pada hari Arafah. Dia hendaklah memelihara sebab-sebab untuk mendapat pembebasan dan keampunan:
فمنها : صيام ذلك اليوم ففي صحيح مسلم [ عن أبي قتادة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله و التي بعده ]
Pertama: Berpuasa pada hari tersebut. Dalam Sahih Muslim direkodkan: Abu Qatadah meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Puasa hari Arafah, aku berharap agar Allah akan mengampunkan dosa-dosa setahun sebelum dan selepasnya.
و منها : حفظ جوراحه عن المحرمات في ذاك اليوم ففي مسند الإمام أحمد :
Kedua: Menjaga anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang haram pada hari tersebut. Direkodkan dalam Musnad Ahmad :
ابْنَ عَبَّاسٍ ، قَالَ : كَانَ فُلَانٌ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ ، قَالَ : فَجَعَلَ الْفَتَى يُلَاحِظُ النِّسَاءَ ، وَيَنْظُرُ إِلَيْهِنَّ ، قَالَ : وَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَهُ بِيَدِهِ مِنْ خَلْفِهِ مِرَارًا ، قَالَ : وَجَعَلَ الْفَتَى يُلَاحِظُ إِلَيْهِنَّ ، قَالَ : فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ابْنَ أَخِي ، إِنَّ هَذَا يَوْمٌ مَنْ مَلَكَ فِيهِ سَمْعَهُ ، وَبَصَرَهُ ، وَلِسَانَهُ ، غُفِرَ لَهُ “
Ibnu Abbas berkata: Seorang lelaki membonceng Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pada hari Arafah. Pemuda itu menyedari kehadiran kaum wanita lalu melihat ke arah mereka. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pun memalingkan wajah (pemuda tersebut) ke belakang dengan tangannya berulang kali. Pemuda itu mengulangi pandangannya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada pemuda itu: Wahai anak saudaraku, hari ini sesiapa yang menjaga pendengarannya, penglihatannya, dan percakapannya, dia akan diampuni [Musnad Ahmad, Musnad Abdullah bin Abbas, hadis no : 2922, Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: Isnadnya dhaif ]
و منها : الإكثار من شهادة التوحيد بإخلاص و صدق فإنها أصل دين الإسلام الذي أكلمه الله تعالى في ذلك اليوم و أساسه و في المسند [ عن عبد الله بن عمر قال : كان أكثر دعاء النبي صلى الله عليه و سلم يوم عرفة : لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك و له الحمد بيده الخير و هو على كل شيء قدير ] و خرجه الترمذي و لفظه : [ خير الدعاء دعاء يوم عرفة و خير ما قلت أنا و النبيون من قلبي : لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك و له الحمد و هو على كل شيء قدير ]
Ketiga: Memperbanyak syahadat tauhid dengan ikhlas dan jujur pada hari tersebut. Ini kerana ia merupakan asal agama ini yang mana Allah sempurnakannya pada hari Arafah dan ia merupakan asasnya. Diriwayatkan dalam Musnad (ramai ulama menyatakan riwayat ini dhaif) bahawa ‘Abdullah Bin ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata: Doa yang paling banyak Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam baca pada hari Arafah ialah : Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, di TanganNya segala kebaikan, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu. Direkodkan dalam Sunan at-Tirmizi (Imam at-Tirmizi berkata ia gharib): Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu.
و منها : كثرة الدعاء بالمغفرة و العتق فإنه يرجى إجابة الدعاء فيه
Keempat: Membanyakkan doa memohon keampunan dan pembebasan daripada neraka pada hari tersebut