Author: Mohd Masri Mohd Ramli

BAYAN LINNAS SIRI KE – 215: BEBERAPA ISU DALAM SEMINAR METAMORPHOSIS: SATU PENDAPAT

Mukadimah Lambakan motivator yang membawakan tema keagamaan dari satu sudut, memberikan impak positif kepada suasana beragama di Malaysia. Walaubagaimanapun, ada beberapa kelompangan daripada sudut yang lain terutamanya daripada aplikasi sumber yang kurang menepati disiplin ilmu terutamanya dalam akidah dan syariah. Antara contohnya adalah Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya yang telah diwartakan pada tahun 27 Ogos 2009 oleh Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dalam Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-75. Meneliti beberapa aduan yang diterima oleh pihak kami berkenaan beberapa konsep yang diajarkan oleh seorang motivator terkenal dalam Seminar Metamorphosis,...

Read More

Tadabbur Surah Luqman: Nasihat Luqman Kepada Anaknya Tentang Syirik

  ﴿ وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ ﴾ Apabila Luqman berkata kepada anaknya: Wahai anak ku, janganlah engkau mensyirikkan Allah. Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar. (13) Huraian: Ini menunjukkan didikan yang paling utama kepada anak-anak ialah berkaitan agama. Allah telah menyebutkan dalam al-Quran: ﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا ﴾ Wahai orang-orang yang beriman. Selamatkan ahli keluarga kalian daripada api neraka. [At-Tahrim : 6] ﴿ وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ﴾ Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. [Taha: 132] ﴿...

Read More

Kenapa Solat Subuh Pagi Jumaat Tiga Rakaat?

  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِ الم تَنْزِيلُ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى ، وَفِي الثَّانِيَةِ هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا “ Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca dalam solat Subuh di hari Jumaat “Alif Lam Mim Tanzil …” (surah As-Sajdah) pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua.” [Sahih Muslim, Kitab al-Jumu’ah, no: 880].   Berdasarkan hadis ini, maka di sisi mazhab Al-Syafie disunatkan untuk membaca surah Al-Sajdah dan Al-Insan pada solat...

Read More

Adakah Manusia Boleh Mendengar Suara Azab Kubur?

Adakah azab kubur dapat didengari? Selain daripada manusia, makhluk lain masih dapat mendengar suara jenazah. Ini ditunjukkan di dalam hadis ini: عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” إِذَا وُضِعَتِ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ : قَدِّمُونِي ، وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ لِأَهْلِهَا : يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا , يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ ، إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَ الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘ahu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila jenazah diangkat, dan...

Read More

Kisah Bendera Plastik

Kisah Bendera Malaysia Plastik Siapa pernah tengok bendera Malaysia plastik ini? Hari tu beli bendera plastik untuk Haura, tak ada coklat macam dalam gambar pun. Bendera sahaja. Zaman saya budak-budak dulu, coklat bendera ini antara favorite saya. Bila habis makan coklat dia, kita letaklah bendera tu dekat basikal ke, sangkut dekat rumah ke. Pernah dulu, waktu tu saya dalam darjah 1@2, ketika tu bulan Ogos. Setiap hari saya beli coklat bendera ni. Habis je makan, saya cucuk dekat pokok bunga kertas dekat tepi tangga rumah saya. Sampailah penuh pokok tu dengan bendera Malaysia. Mak & abah pun tak kisah....

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 2
  • 4,981
  • 859,410
  • 460,800