Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Adakah Doa Perlu Spesifik

Secara umumnya ia tidak salah selagi mana tidak berlebih-lebihan. Nabi s.a.w dalam hadis-hadis baginda pernah mendoakan secara spesifik orang tertentu dan sebagainya. Imam Al-Munawi menukilkan perkataan Imam Al-Munziri: كان يجمع في الدعاء تارة ويفصل أخرى. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adakalanya berdoa secara umum, dan adakalanya memperincikannya. [Lihat Al-Munawi, Faidhul Qadir, 5:277]. Secara umumnya, kita semua pasti pernah berdoa secara spesifik. Untuk dapat kerja, nak lulus periksa, dan sebagainya. Semua ini tiada masalah. Yang menjadi masalah ialah apabila seseorang mendakwa bahawa cara untuk doa makbul, mustajab ialah kita kena spesifikkan doa kita. Sebahagian pula lebih teruk telah menyatakan jika...

Read More

Rahsia Doa Mustajab

Semua daripada kita sering berdoa, dan kita mengimpikan doa yang mustajab. Di sini disenaraikan tips doa mustajab menurut al-Quran dan al-Sunnah supaya kita dapat berdoa dengan cara yang betul Pensyariatan Doa   Firman Allah: وَقَالَ رَبُّكُم ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60] وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada...

Read More

Benarkah Poligami Itu Sunnah Dan Lebih Afdhal?

Mana Lebih Afdhal? Poligami atau Cukup Seorang Isteri? Tulisan di bawah sekadar mengumpulkan pendapat-pendapat ulama dalam hal ini. Penulis tidak merajihkan@menguatkan mana-mana pendapat. Sudah pasti penulis mempunyai pendapat yang beliau cenderung berdasarkan hujah-hujah yang sampai kepadanya. Semoga dengan membaca pandangan-pandangan ulama yang pelbagai tentang poligami, maka kita boleh melihat isu ini daripada sudut yang lebih luas dan tidak bermudah-mudah menghukumi manusia lain. Dalil-dalil berkaitan hal ini: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3) Dan jika kamu takut...

Read More

Air Cuckoo Tidak Keluar

Antara masalah paling besar apabila pasang penapis air Cuckoo di tempat umum ialah apabila air Cuckoo tidak keluar. Ramai ingat ia rosak, sampai ada pihak nak buang terus penapis air Cuckoo itu. Sedangkan tak rosak, bahkan menunjukkan filter berfungsi dengan baik. Hari ini berlangsung lagi 1 proses penukaran filter di kuliyyah Ekonomi dan Architecture UIA Gombak. Saya telefon Cuckoo petang semalam selepas dimaklumkan mesin tidak keluar air, terus mereka datang pagi ni tukar filter. Ini merupakan khidmat sukarela saya selaku ejen Cuckoo yang urus pemasangan dan sebagai pelajar UIA. Saya berharap, para pelajar dan warga UIA umumnya bersabar jika air tak keluar. Maksudnya filter dah blocked. Itu menunjukkan filter berfungsi dengan elok, ia tapis kotoran sampai blocked. Kenapa sampai cepat sangat blocked? Sebab yang guna ramai (untuk para penginfaq sebab penapis air mereka dimanfaatkan seramai orang). Jadi, sebulan atau dua bulan sekali akan blocked dan kena tukar filter baru. Jika ikut schedule, setiap 4 bulan baru tukar filter, tetapi sebab ramai guna, maka filter akan ditukar lebih kerap. Tak perlu bayar apa-apa caj pun selama 3 tahun ni. Sekali lagi saya minta warga UIA bersabar bila air tak keluar. Apa yang boleh dilakukan ialah kita sama-sama jaga penapis air tu dan buat report kepada pihak kawasan terbabit. Untuk penapis air Cuckoo di lokasi berikut, ia di bawah jagaan saya, jadi boleh hubungi saya di talian 013 250 6391 www.wasap.my/60132506391/report+cuckoo 1-...

Read More

70 Malaikat Penat Mencatat Amalan Ini. Apakah Amalan Tersebut? Sahihkah hadisnya?

*Sahihkah Hadis Galakan Mengucapkan: Semoga Allah membalas kepada Penghulu Nabi Muhammad SAW bagi pihak kami apa yang layak untuk baginda* Saya mendapat soalan ini di inbox FB saya. Imam At-Thabrani meriwayatkan dalam Al-Mu’jam Al-Awsath (235): حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ رِشْدِينَ قَالَ: نا هَانِئُ بْنُ الْمُتَوَكِّلِ قَالَ: نا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ قَالَ: جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، أَتْعَبَ سَبْعِينَ كَاتِبًا أَلْفَ صَبَاحٍ» Daripada Ibn Abbas r.a, diriwayatkan baginda s.a.w bersabda: (Ucapan) Semoga Allah membalas kepada Penghulu Nabi Muhammad SAW bagi pihak...

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 0
  • 2,034
  • 868,475
  • 461,042