Benarkah haram berpuasa selepas 15 Sya’ban?
Benarkah haram berpuasa selepas 15 Sya’ban? Ini merupakan satu persoalan yang wujud dalam kitab-kitab feqh. Tulisan di bawah mengumpulkan sedikit perbahasan ulama berkaitan status hadis berkaitan, dan apakah pendapat ulama berkaitan hukum hal ini. Hadis-hadis melarang berpuasa selepas 15 Sya’ban عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ “ إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا ” . Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila telah masuknya separuh Sya’ban, janganlah kalian berpuasa. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Sawm, Bab Fi Karahat adz-Dzalik, no: 2337]. Hadis ini turut diriwayatkan di dalam Musannaf Abdul Razzaq...
Read More
