Imam Ibnu al-Qayyim dalam Madarij al-Salikin:

ويحتمل أن يريد أن تعييرك لأخيك بذنبه أعظم إثما من ذنبه وأشد من معصيته لما فيه من صولة الطاعة وتزكية النفس وشكرها والمناداة عليها بالبراءة من الذنب
Mungkin ia bermasud celaan anda kepada saudara anda kerana dosanya adalah dosa yang lebih besar daripada dosa yang dia lakukan, kerana ia menunjukkan anda merasa bangga dengan ketaatan anda dan anda memuji diri anda untuk itu, dan merasa suci daripada dosa,

وأن أخاك باء به ولعل كسرته بذنبه وما أحدث له من الذلة والخضوع والإزراء على نفسه والتخلص من مرض الدعوى والكبر والعجب ووقوفه بين يدي الله ناكس الرأس خاشع الطرف منكسر القلب أنفع له وخير من صولة طاعتك وتكثرك بها والإعتداد بها والمنة على الله وخلقه بها
sedangkan saudaramu telah melakukan dosa. Boleh jadi remuknya hati dia kerana dosanya dan apa yang telah terjadi padanya, menimbulkan sikap rendah diri dan ketundukan, memandang hina dirinya sendiri, membebaskan diri daripada merasa bagus, sombong dan ‘ujub. Dia berdiri di hadapan Allah dengan kepalanya tertunduk, pandangannya tertunduk, dan dalam keadaan hatinya remuk. Semua itu lebih baik baginya daripada perasaan bangga anda dengan ketaatan yang anda lakukan, dan sikap perasan anda bahawa anda telah melakukan banyak kebaikan, merasakan diri berharga, dan merasakan mempunyai kedudukan pada Allah dan makhluk-makhluk yang lain.

فما أقرب هذا العاصي من رحمة الله وما أقرب هذا المدل من مقت الله فذنب تذل به لديه أحب إليه من طاعة تدل بها عليه وإنك أن تبيت نائما وتصبح نادما خير من أن تبيت قائما وتصبح معجبا
Betapa dekatnya orang berdosa ini dengan rahmat Allah, dan betapa dekatnya orang yang sombong ini dengan murka Allah! Dosa yang membawa kepada kerendahan hati lebih disukai olehNya daripada ketaatan yang bersamanya kesombongan. Sekiranya anda tidur sepanjang malam, dan bangunlah dengan perasaan menyesal (kerana tidak bangun malam), itu lebih baik daripada jika anda mendirikan solat sepanjang malam dan bangun pada waktu pagi dengan penuh takjub kepada diri sendiri.

فإن المعجب لا يصعد له عمل وإنك أن تضحك وأنت معترف خير من أن تبكي وأنت مدل وأنين المذنبين أحب إلى الله من زجل المسبحين المدلين ولعل الله أسقاه بهذا الذنب دواء استخرج به داء قاتلا هو فيك ولا تشعر
فلله في أهل طاعته ومعصيته أسرار لا يعلمها إلا هو
Sesungguhnya amalan orang yang kagum dengan dirinya sendiri tidak akan diterima. Ketawanya anda sambil mengakui kekurangan diri adalah lebih baik daripada menangis dalam keadaan sombong. Rintihan orang-orang berdosa lebih disukai oleh Allah daripada tasbih orang-orang yang sombong. Mungkin kerana dosa ini, Allah telah menyebabkan dia minum ubat yang akan menyembuhkan penyakit yang membunuh, yang mana penyakit ini juga anda miliki, tetapi anda tidak menyedarinya. Allah memiliki rahsia-rahsia tentang orang yang mentaatinya dan bermaksiat kepadanya yang tidak ada seorang pun mengetahuinya kecuali Dia. [Madarij al-Salikin, 1:177]