Setiap daripada kita mahukan selamat DAN selesa.
Apabila berlaku pertembungan antara selamat DAN selesa, maka diutamakan selamat walau terpaksa korbankan selesa.
Berbalik kepada isu kelahiran. Kita perlu bezakan isu homebirth, gentlebirth dan sebagainya.
PERTAMA; Bagi saya, HOMEBIRTH bukan satu pilihan yang perlu ada dalam senarai perancangan kelahiran. Ia hanya berlaku bila TERPAKSA, apabil TAK SEMPAT bawa ke hospital. Contoh tengah mandi, atau buang air, anak dah keluar.
KEDUA: Maka bagaimana dengan gentlebirth dan sebagainya.
Saya berfikiran, pilihlah cara apa pun, tetapi mesti di hospital, kerana di sana ada doktor, peralatan dan sebagainya. Ini kerana kelahiran sering berlaku situasi tak dijangka di saat akhir.
Lalu, bagaimana di hospital kerajaan?
Pengalaman 2 kali di hospital kerajaan, mengajar saya bahawa fokus doktor adalah menyelamatkan nyawa si ibu dan anak-anak berbanding memenuhi kehendak ibu untuk selesa itu dan ini. Nak baca pengalaman saya di Hospital Selayang, klik sini
Ya, kerana itu fokus mereka. Jika nak diikutkan kehendak kesemua pesakit, maka itu mungkin menimbulkan masalah kepada mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa RAMAI IBU dan ANAK. (Bahkan selesa itu jua berbeza-beza definisinya mengikut kemahuan dan kehendak masing-masing).
Jadi, jika anda mahukan suasana yang selesai tetapi SELAMAT. Pergilah ke hospital swasta yang ada tawarkan pakej mengikut kehendak anda seperti water birth dan sebagainya dalam masa sama masih di bawah pengawasan doktor etc.
Sudah pasti MAHAL. Itulah harga yang perlu kita usahakan.
Oleh itu, jika mahu kelahiran mengikut cara kita, dalam masa yang sama selamat. Kumpullah duit. Itu sahaja. Di hospital kerajaan, yang perlu difokuskan ialah agar RAMAI dapat diselamatkan, bukan sekadar penuhi kehendak peribadi.
Jadi, duitlah perlunya sekarang.
Suami, usahalah tambah duit jika nak isteri lahir ikut keselesaan sendiri dan selamat.
Oleh itu, jika ada mana-mana doula yang menyatakan bahawa homebirth merupakan satu pilihan yang ada. TINGGALKAN doula itu!