Antara masalah paling besar apabila pasang penapis air Cuckoo di tempat umum ialah apabila air Cuckoo tidak keluar. Ramai ingat ia rosak, sampai ada pihak nak buang terus penapis air Cuckoo itu. Sedangkan tak rosak, bahkan menunjukkan filter berfungsi dengan baik.

Hari ini berlangsung lagi 1 proses penukaran filter di kuliyyah Ekonomi dan Architecture UIA Gombak.

Saya telefon Cuckoo petang semalam selepas dimaklumkan mesin tidak keluar air, terus mereka datang pagi ni tukar filter.

Ini merupakan khidmat sukarela saya selaku ejen Cuckoo yang urus pemasangan dan sebagai pelajar UIA.

Saya berharap, para pelajar dan warga UIA umumnya bersabar jika air tak keluar. Maksudnya filter dah blocked. Itu menunjukkan filter berfungsi dengan elok, ia tapis kotoran sampai blocked.

Kenapa sampai cepat sangat blocked?

Sebab yang guna ramai (untuk para penginfaq sebab penapis air mereka dimanfaatkan seramai orang). Jadi, sebulan atau dua bulan sekali akan blocked dan kena tukar filter baru.

Jika ikut schedule, setiap 4 bulan baru tukar filter, tetapi sebab ramai guna, maka filter akan ditukar lebih kerap.

Tak perlu bayar apa-apa caj pun selama 3 tahun ni.

Sekali lagi saya minta warga UIA bersabar bila air tak keluar. Apa yang boleh dilakukan ialah kita sama-sama jaga penapis air tu dan buat report kepada pihak kawasan terbabit.

Untuk penapis air Cuckoo di lokasi berikut, ia di bawah jagaan saya, jadi boleh hubungi saya di talian 013 250 6391 www.wasap.my/60132506391/report+cuckoo

1- Economic (sebelah general lab)
2- Human Science (di koridor menuju ke parking motor di bekalang kafe HS)
3- Engineering (Ground floor, E0, sebelah tandas lelaki)
4- Education (level 2, depan pejabat dean)
5- ICT (level 3, saya lupa blok mana)
6- Architecture (kafe)

Di enam lokasi di atas, jika mesin penapis air Cuckoo tidak berfungsi, saya harap dapat terus laporkan kepada saya agar saya dapat terus call Cuckoo untuk datang servis@tukar filter.

Untuk penapis air Cuckoo di lokasi lain dalam UIA, boleh inform kepada pihak kawasan itu. Misalnya di masjid, beritahu kepada staff masjid dll.

Terima kasih semua warga UIAM. Semoga kita sama-sama menjaga kemudahan yang diinfaqkan orang ramai kepada kita. Minum bersama, jaga bersama.

Masri Ramli,
013 250 6391

Kalau ada sesiapa nak order Cuckoo boleh hubungi saya. Klik je sini —> Masri Ejen Cuckoo Anda

ejen cuckoo

 

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera

Hai, Saya Mohd Masri Mohd Ramli. Natural Executive Cuckoo (NE035476).

Saya bersedia membantu anda untuk memilih produk Cuckoo yang sesuai dengan keperluan anda. Saya berpengalaman menguruskan tempahan untuk individu, syarikat, sekolah, masjid, universiti dan lain-lain.

Mahukan konsultasi percuma bersama saya, klik sahaja link ini untuk whatsapp saya