Dr Zakir Naik: Bagaimana sepatutnya kita?
 
Sebahagian orang terus menerus mahukan agar Dr. Zakir Naik diusir dari negara ini walau pun Perdana Menteri kita bertegas bahawa dia boleh kekal di sini, dan tidak akan menyerahkannya kepada kerajaan India, antara sebabnya ialah faktor keselamatan Dr Zakir Naik jika dihantar pulang.
 
Mereka jua menuduh Dr. Zakir Naik sebagai teroris, penyebar ideologi teroris. Alasan paling kelakar mereka beri misalnya, ialah kes pengeboman di Dhaka. Mereka kaitkan Dr. Zakir Naik semata-mata pengebom itu dikatakan suka tonton video Dr. Zakir Naik.
 
Mereka yang menuduh sedemikian wajar menonton video ini untuk melihat pandangan Dr. Zakir Naik tentang IS dan apa yang mereka lakukan.
 
 
Pelbagai isu dikenakan ke atas Dr. Zakir Naik. Daripada isu keganasan sehinggalah penggubahan wang haram/money laundering, sehingga ke tahap menggunakan Interpol. Akan tetapi pihak Interpol sendiri telah menolak kerana melihat ia tidak berasas. Boleh lihat dokumennya di sini –> https://www.facebook.com/CikguAzmiAbdHamid/posts/2249288998512886
 
 
Bukanlah Dr. Zakir Naik itu maksum. Kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh tentang isu kesetiaan bangsa lain di Malaysia, tentang bangsa Cina di Malaysia adalah sesuatu yang tidak patut beliau lakukan. Kita sebagai seorang Muslim yang jua rakyat Malaysia perlu jelas hal ini. Apa yang kita perlu sokong, dan apa yang kita jangan panaskan lagi keadaan.
 
Dr. Zakir Naik pun sudah membuat penjelasan tentang kenyataan beliau bahawa Hindu di Malaysia lebih percaya Modi berbanding Tun Mahathir. Boleh baca di sini –> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157486684594299&set=a.10150656655394299&type=3
Saya fikir, kita sebagai yang mahukan Dr. Zakir Naik di sini, tidak perlu lagi memanaskan suasana yang memang sudah panas.
 
Penjelasan beliau sudah cukup, dan kita jangan curah petrol lagi, kerana nak tak nak, perkataan beliau memang telah mengguris hati sebahagian rakyat Malaysia, termasuk mereka yang selama ini mungkin buat tak kisah pun pasal kehadiran beliau di Malaysia. Walaupun beliau mungkin tak bermaksud sebegitu untuk menyakiti bangsa Cina dan India. 
Untuk menilai dengan lebih adil, elok dilihat kepada perbandingan ucapan penuh Dr. Zakir Naik dan bandingkan dengan apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
“… Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita. Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang. Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini). Jika kamu mahu tetamu itu pulang, dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut, mereka (tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu,”  – Transkrip ucapan Dr Zakir Naik oleh Malaysiakini.

“Which muslim army went to indonesia which has the largest muslim population in the world?
Which muslim army went to Malaysia? Which muslim army went to east coast of Afrika? 
Where many countries the majority population are muslim. Which sword? They did by the class.
Traders went.
Which army went to Malaysia?
Which army went to Indonesia?
The majority almost all were non muslim then all became muslim masya allah.
And Later on, more people are coming afterwards, Malaysia became fully muslim, then you have the chinese come in, the indian come in the british come in, 
They are all new guest. There are somebody call me a guest. But I said before me the chinese are the guest. The aren’t born here.
If you want the new guest to go first, ask the old guest to go back. The chinese, never born here most of them. Maybe the  new generation yes. If you want the guest to go back and those guest which are bringing peace to the community, there are benefit for the family.” – Transcript of Dr Zakir Naik speech by Buletin TTKM.

Terjemahan oleh Buletin TTKM:

“Tentera muslim mana yang pergi ke Indonesia yang mempunyai penduduk muslim terbesar di dunia?
Tentera muslim mana yang pergi ke Malaysia? Tentera muslim mana yang pergi ke pantai timur Afrika,dimana banyak negara penduduk majoriti adalah muslim. Pedang mana? Mereka lakukan oleh kelas.
Pedagang yang pergi.
Tentera mana yang pergi ke Malaysia?
Tentera mana yang pergi ke Indonesia?
Majoriti (populasi) hampir semua bukan muslim kemudian semuanya menjadi muslim, Masya allah.
Dan kemudian, lebih ramai orang  datang selepas itu, Malaysia menjadi muslim sepenuhnya, maka anda ada kedatangan cina, kedatangan orang India, kedatangan british, Mereka semua adalah tetamu baru. Ada orang yang memanggil saya tetamu. Tetapi saya katakan sebelum ini cina adalah tetamu. Mereka bukan lahir di sini.
Jika anda mahu tetamu baru pergi dahulu, tanyakan tetamu lama untuk balik.. Cina, tidak pernah lahir di sini kebanyakannya. Mungkin generasi baru ya (lahir di sini). Jika anda mahu tetamu balik dan tetamu yang membawa keamanan kepada masyarakat, ada manfaat untuk keluarga itu. “– Transkrip ucapan Dr Zakir Naik oleh Buletin TTKM

Boleh tonton video itu di sini:

 
Saya berharap agar mereka yang rapat dengan Dr. Zakir Naik boleh sampaikan kepada beliau hal ini. Agar berhati-hati dengan kata-kata beliau. Bab Hindraf ke, apa ke, Tun M dah janji beliau boleh duduk sini. Orang Islam Malaysia pun ramai akan lawan Hindraf dan lain-lain yang asyik nak halau beliau. Jadi beliau tak perlu nak ulas hal tersebut. Bab menteri-menteri yang sibuk dok nak halau Dr. Zakir Naik tu, biar kita sahajalah yang bantai mereka, Dr. Zakir Naik tak perlu terlibat.
Dalam masa yang sama, kita tidak perlu menumpang sekaki bersama sebahagian menteri-menteri bukan Muslim yang mendesak agar Dr. Zakir Naik keluar dari Malaysia. Agak pelik dengan sebahagian umat Islam yang ketika Dr. Zakir Naik difitnah, ditekan, mereka tidak berbunyi. Semua krik, krik, krik je. Tiba-tiba bila Dr. Zakir Naik terlanjur cakap sesuatu yang mengguris hati bangsa Cina dan India yang bukan Islam, ada pula orang Islam, Melayu yang nak jadi hero, tumpang sekaki nak halau Dr. Zakir Naik.
 
Dr. Zakir Naik adalah pendakwah Islam. Beliau adalah saudara seagama kita. Hendaklah kita bersama-sama mempertahankan beliau daripada tangan-tangan kelompok kafir dan sekutu mereka yang cuba menzaliminya. Kita boleh tidak bersetuju dengan sebahagian pandangan Dr. Zakir Naik. Akan tetapi menyerahkan beliau kepada pihak yang mahu menzaliminya adalah tidak sama sekali. Kesakitan yang cuba ditimpakan oleh pihak musuh kepadanya turut menyakiti kita.
 
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
: ” الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ ،
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya, dan tidak menyerahkannya (kepada pihak musuh). [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazholim, no: 2442]
 
 
عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا ‏”‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ ‏”‏ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ ‏”‏‏.‏
Anas radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tolonglah saudara mu yang zalim atau yang dizalimi. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, kami membantu orang yang dizalimi. Bagaimana kami boleh membantu orang yang zalim? Baginda berkata: Dengan menghalangnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazolim, hadis no: 2444]
 
Daripada An-Nu’man bin Bashir radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 
تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى ‏”‏‏.‏
Engkau akan melihat orang-orang beriman dalam saling berkasih sayang, mencintai, dan berlaku baik antara satu sama lain seperti satu tubuh. Apabila satu bahagian tubuh sakit, maka keseluruhan tubuh akan merasai susahnya tidur dan demam.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, no: 6011].
 
Saya jua menyeru agar saudara seIslam saya tidak berlebihan sehingga menghina agama-agama lain dalam kuatnya semangat kita mempertahankan Dr. Zakir Naik.
 
وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
108. dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.
[Al-An’am:108].
 
Semoga kita semua dapat bersama mempertahankan saudara seIslam kita.
 
#MMMR