APAKAH MAKSUD MAYAT DIAZAB SEBAB TANGISAN KELUARGANYA?

أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ قَالَ : ” تُوُفِّيَتِ ابْنَةٌ لِعُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِمَكَّةَ ، وَجِئْنَا لِنَشْهَدَهَا وَحَضَرَهَا ابْنُ عُمَرَ وَابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ ، وَإِنِّي لَجَالِسٌ بَيْنَهُمَا , أَوْ قَالَ : جَلَسْتُ إِلَى أَحَدِهِمَا ، ثُمَّ جَاءَ الْآخَرُ فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي , فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا لِعَمْرِو بْنِ عُثْمَانَ : أَلَا تَنْهَى عَنِ الْبُكَاءِ ، فَإِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : إِنَّ الْمَيِّتَ لَيُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ ,

‘Abdullah bin ‘Ubaidillah berkata: Anak perempuan Uthman radiallahu telah meninggal dunia di Mekah. Kami hadir menyaksikan jenazah, begitu juga Ibn ‘Umar dan Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhum. Sesungguhnya aku duduk di tengah-tengah antara mereka berdua, atau berhampiran dengan salah seorang mereka. Kemudian datang seseorang lalu duduk di sebelah aku. ‘Abdullah bin ‘Umar berkata kepada ‘Amru bin Uthman: Adakah engkau tidak mahu melarang orang daripada menangis? Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya mayat akan diazab dengan tangisan ahli keluarganya.

Dalam riwayat yang sama, Ibn ‘Abbas pula berkata:

فَلَمَّا أُصِيبَ عُمَرُ دَخَلَ صُهَيْبٌ يَبْكِي , يَقُولُ : وَا أَخَاهُ وَا صَاحِبَاهُ ، فَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : يَا صُهَيْبُ أَتَبْكِي عَلَيَّ , وَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبَعْضِ بُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ ،

Apabila Umar radiallahu ‘anhuma ditikam (yang akhirnya beliau meninggal dunia), Suhaib datang kepadanya dan menangis sambil berkata: Wahai saudara ku, wahai sahabat ku. Lalu ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata kepada Suhaib: Wahai Suhaib, adakah engkau menangis kerana aku? Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya mayat akan diazab dengan sebahagian tangisan ahli keluarganya ke atasnya.

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : فَلَمَّا مَاتَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ذَكَرْتُ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا , فَقَالَتْ : رَحِمَ اللَّهُ عُمَرَ ، وَاللَّهِ مَا حَدَّثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَيُعَذِّبُ الْمُؤْمِنَ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ وَلَكِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ : إِنَّ اللَّهَ لَيَزِيدُ الْكَافِرَ عَذَابًا بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ ، وَقَالَتْ : حَسْبُكُمُ الْقُرْآنُ وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى سورة الأنعام آية 164 , قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عِنْدَ ذَلِكَ , وَاللَّهُ هُوَ أَضْحَكَ , وَأَبْكَى , قَالَ : ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ وَاللَّهِ مَا قَالَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا شَيْئًا

Ibn ‘Abbas berkata: Apabila meninggalnya ‘Umar radiallahu ‘anhu, aku menceritakan hal ini kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, lalu beliau berkata: Semoga Allah merahmati ‘Umar. Demi Allah, tidak pernah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata bahawa sesungguhnya Allah akan mengazab orang beriman disebabkan tangisan ahli keluarga kepadanya. Sebaliknya apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam katakan ialah: Sesungguhnya Allah akan menambah azab kepada orang kafir disebabkan tangisan ahli keluarganya kepadanya. ‘Aisyah berkata lagi: Cukuplah untuk kalian al-Quran: Seseorang tidak akan memikul beban orang lain (al-An’a, : 164). Ibn ‘Abbas berkata: Allah yang menyebabkan seseorang ketawa atau menangis. Ibn Abi Mulaikah berkata: Demi Allah, Ibn ‘Umar tidak berkata apa-apa tentang hal itu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1212]

Dalam hadis di atas menunjukkan bahawa ‘Aisyah tidak bersetuju dengan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat lain berkaitan hal ini. Ini kerana pada pandangannya hadis itu bertentangan dengan ayat al-Quran. Bahkan Aisyah menganggap bahawa para sahabat telah tersilap dan terlupa dalam meriwayatkan hadis itu.

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : ذُكِرَ عِنْدَ عَائِشَةَ قَوْلُ ابْنِ عُمَرَ : الْمَيِّتُ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ ، فَقَالَتْ : رَحِمَ اللَّهُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ سَمِعَ شَيْئًا فَلَمْ يَحْفَظْهُ ، إِنَّمَا مَرَّتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَنَازَةُ يَهُودِيٍّ ، وَهُمْ يَبْكُونَ عَلَيْهِ ، فَقَالَ : ” أَنْتُمْ تَبْكُونَ وَإِنَّهُ لَيُعَذَّبُ

‘Urwah menyebutkan bahawa: Disebutkan kepada ‘Aisyah kata-kata Ibn ‘Umar: Mayat akan diazab disebabkan tangisan ahli keluarga kepadanya. ‘Aisyah pun berkata: Semoga Allah merahmati Abu Abdul Rahman, dia mendengar sesuatu tetapi tidak menghafaznya. Sesungguhnya satu jenazah Yahudi pernah lalu berhampiran Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dan orang ramai menangis jenazah itu, lalu baginda berkata: Kalian menangis sedangkan dia diazab. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1552]

Maka timbul persoalan di sini, benarkah sahabat-sahabat yang lain tersilap? Jika ‘Aisyah yang tersilap, bagaimana mahu memahami hadis itu yang secara zahirnya bercanggah dengan al-Quran, bahkan seolah-olah menisbahkan sifat zalim kepada Allah?

Imam al-Qurtubi berkata:

وقال القرطبي إنكار عائشة ذلك وحكمها على الراوي بالتخطئة أو النسيان أو على أنه سمع بعضا ولم يسمع بعضا بعيد لأن الرواة لهذا المعنى من الصحابة كثيرون وهم جازمون فلا وجه للنفي مع إمكان حمله على محمل صحيح

Pengingkaran ‘Aisyah terhadapi hadis ini dan menyatakan bahawa perawinya telah silap atau telah terlupa, atau telah mendengar sebahagian hadis tetapi tidak mendengar sebahagian yang lain merupakan sangat jauh (daripada kebenaran) kerana perawi yang meriwayatkan hadis ini daripada sahabat sangat ramai, dan mereka meriwayatkannya dengan pasti. Maka tiada jalan untuk menafikannya kerana ia berada pada kedudukan hadis sahih.

Al-Hafiz Ibn Hajar membawakan beberapa ulasan ulama untuk memahami hadis ini :

1) Mayat akan diazab apabila meratap itu kebiasaan dan si mati tidak menasihati ahli keluarganya untuk tidak meratap. Ini berdasarkan tajuk bab yang diberikan oleh Imam al-Bukhari sendiri iaitu:

باب قول النبي صلى الله عليه وسلم يعذب الميت ببعض بكاء أهله عليه إذا كان النوح من سنته

Bab hadis-hadis nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bahawa mayat akan diazab dengan sebahagian tangisan ahli keluarganya apabila ratapan merupakan daripada kebiasaan.

Kemudian Imam al-Bukhari membawakan firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6:

(قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا) [التحريم: 6]

Jagalah diri kalian dan keluarga kalian daripada neraka.

Kemudian Imam al-Bukhari membawakan hadis yang berbunyi:

 كلكم راع ومسؤول عن رعيته

Setiap kalian adalah pemimpin, dan akan dipertanggungjawabkan atas mereka yang dipimpin.

قال بن المبارك إذا كان ينهاهم في حياته ففعلوا شيئا من ذلك بعد وفاته لم يكن عليه شيء

Abdullah bin Mubarak berkata: Jika ketika hidupnya dia sudah melarang ahli keluarganya daripada melakukan hal itu (iaitu meratap) selepas kematiannya, maka tiada azab akan menimpanya.

Maka jelasnya dia berdosa kerana dia mengabaikan didikan kepada ahli keluarganya sedangkan dia tahu menjadi budaya masyarakatnya meratap selepas kematian.

Perlu difahami bahawa bukan semua tangisan membawa kepada azab. Ini kerana yang dilarang ialah meratap, bahkan terdapat riwayat menyatakan bahawa “sebahagian tangisan”. Maka yang dimaksudkan di sini ialah tangisan dalam bentuk ratapan dan bukan semua bentuk tangisan.

2) Apabila si mati mewasiatkan agar dia diratapi. Ini merupakan pendapat ramai ulama seperti Al-Imam Muzani, Ibrahim Al-Harbi, ulama-ulama mazhab Syafie dan Imam an-Nawawi menukilkan bahawa ini pendapat majoriti

3) Ia satu hukuman atas dosa-dosa dia yang lalu, dan ahli keluarganya menangis kerana dosa-dosa tersebut. Ini merupakan pendapat Ibn Hazm.

4) Ia bukan satu hukuman. Azab di sini bermaksud si mayat terasa sedih atau pedih melihat kesedihan ahli keluarganya. Ini kerana bukankah mayat juga mendengar sebagaimana hadis mayat mendengar bunyi tapak kaki ahli keluarga yang pulang. Ini merupakan pendapat Abu Ja’far at-Tabari, Ibn al-Murabith, ‘Iyadh, Ibn Taimiyyah dan sekelompok ulama kemudian.

Bahkan maksud azab yang bukan bermaksud hukuman, sebaliknya kesusahan, kepayahan jelas dalam sebuah hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” السَّفَرُ قِطْعَةٌ مِنَ الْعَذَابِ يَمْنَعُ أَحَدَكُمْ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَنَوْمَهُ ، فَإِذَا قَضَى نَهْمَتَهُ فَلْيُعَجِّلْ إِلَى أَهْلِهِ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Musafir itu satu potongan daripada azab. Ia menghalang salah seorang daripada kalian daripada makan, minum dan tidur. Apabila telah selesai urusannya, hendaklah dia pulang kepada ahli keluarganya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, hadis no: 1684]

Wallahua’lam.