Air Cuckoo Tidak Keluar
Antara masalah paling besar apabila pasang penapis air Cuckoo di tempat umum ialah apabila air Cuckoo tidak keluar. Ramai ingat ia rosak, sampai ada pihak nak buang terus penapis air Cuckoo itu. Sedangkan tak rosak, bahkan menunjukkan filter berfungsi dengan baik. Hari ini berlangsung lagi 1 proses penukaran filter di kuliyyah Ekonomi dan Architecture UIA Gombak. Saya telefon Cuckoo petang semalam selepas dimaklumkan mesin tidak keluar air, terus mereka datang pagi ni tukar filter. Ini merupakan khidmat sukarela saya selaku ejen Cuckoo yang urus pemasangan dan sebagai pelajar UIA. Saya berharap, para pelajar dan warga UIA umumnya bersabar jika air tak keluar. Maksudnya filter dah blocked. Itu menunjukkan filter berfungsi dengan elok, ia tapis kotoran sampai blocked. Kenapa sampai cepat sangat blocked? Sebab yang guna ramai (untuk para penginfaq sebab penapis air mereka dimanfaatkan seramai orang). Jadi, sebulan atau dua bulan sekali akan blocked dan kena tukar filter baru. Jika ikut schedule, setiap 4 bulan baru tukar filter, tetapi sebab ramai guna, maka filter akan ditukar lebih kerap. Tak perlu bayar apa-apa caj pun selama 3 tahun ni. Sekali lagi saya minta warga UIA bersabar bila air tak keluar. Apa yang boleh dilakukan ialah kita sama-sama jaga penapis air tu dan buat report kepada pihak kawasan terbabit. Untuk penapis air Cuckoo di lokasi berikut, ia di bawah jagaan saya, jadi boleh hubungi saya di talian 013 250 6391 www.wasap.my/60132506391/report+cuckoo 1-...
Read More
