Saya pada asalnya tidak berminat pun nak pasang penapis air di rumah ni sebab dah terbiasa masak air guna cerek elektrik di rumah. Tiba-tiba seorang kawan saya ‘approach’ saya tentang penapis air Cuckoo. Dia ni dah lama dah jadi ejen Cuckoo. Dia cerita tentang kelebihan pakai penapis air ini. Dia ajak saya jadi pelanggan dan ejen Cuckoo.
Hah, akhirnya saya setuju jadi ejen Cuckoo dulu. Biasalah sebab rasa nak tambah pendapatan. Pada bulan pertama saya jadi ejen Cuckoo, saya berjaya close 2 sales. Kira okeylah pertama kali cuba jadi jurujual.
Kemudian, pada bulan kedua dapat closed 5 sales, dan salah satunya pasang di rumah ibu bapa saya. Kakak saya yang nak pasang kat kampung tu.
Maka bila saya balik kampung, saya pun gunalah penapis air Cuckoo ni. Fuh, terasa best juga. Mak abah saya suka sangat. Sebab abah saya ni jenis suka sarapan awal pagi. Jadi, sebelum ini, lepas Subuh je mak dah kena cepat-cepat masak air. Kadang-kadang sebelum Subuh dah kena masak air sebab lepas Subuh abah dah sarapan.
Jadi bila ada King Top Cuckoo dekat rumah tu, kerja mak saya dah berkurang, sebab air panas sentiasa ada sahaja. Lepas solat Subuh mak saya boleh terus mengaji. Tak payah pening-pening nak masak air. Kebetulan pula, waktu tu cerek elektrik di kampung memang dah rosak.
Abah memang sukalah. Bila-bila masa abah nak buat air panas, air dah sedia ada. Tak payah masak. Abah pula memang kalau makan tengahari, abah akan minum air sejuk. Jadi kadang-kadang, bila lupa simpan air dalam peti sejuk, maka tak dapatlah minum air sejuk. Tetapi sejak ada King Top Cuckoo ini, air sejuk sentiasa ada. Sangat mudah. Bila-bila masa sahaja tersedia.
Jadi, apa yang best tentang Cuckoo ni ialah dia memudahkan. Air sejuk panas suam tersedia 24 jam.
Maka pendek kata, lepas 2 bulan ada Cuckoo di kampung saya, maka akhirnya kami pun pasang King Top Cuckoo di rumah kami sendiri. Memang terasa mudahnya. Sebab dulu kami guna cerek elektrik. Saiznya besar, jadi lambat nak panas air sebab air dalam tu banyak. Maka susahlah sikit bila nak buat susu tetapi air panas tak ada.
Hingga kini, kami dah tak masak air dah di rumah sebab King Top ada.
Mudahnya guna King Top ini sebab ia simple. Ibu bapa saya pun suka sebab mudah nak guna. Anak saya Haura pun pandai ambil air sendiri.
Saya tak perlu risau tentang keselamatan anak saya, sebab King Top ini dah dilengkapi Child-Lock.
Servis pun best. Hari itu servis Cuckoo datang rumah saya. Mereka tukar filter, sterilize, siap sterilize sinki lagi. Yang bagusnya mereka yang call kita untuk datang servis. Kita tak perlu call pun.
Kalau sesiapa yang kat rumah nak pasang penapis air Cuckoo ni. King Top pun dah okey. Ia paling murah.
Kalau anda nak pasang King Top ni, bolehlah hubungi saya sebab saya pun ejen Cuckoo yang sah. Boleh whatsapp saya di nombor 0132506391