Author: Mohd Masri Mohd Ramli

Bersahur Sebelum Tidur?

SAHUR SEBELUM TIDUR Sebahagian daripada kita mungkin takut terlewat bangun sebelum Subuh@memang tak mahu bangun sebelum Subuh, jadi sebelum tidur, dia akan makan dahulu, dan menyatakan itu adalah sahur untuk puasanya. Jadi adakah dia dapat pahala sunnah bersahur tu? Jawapannya: Imam al-Nawawi menyatakan: وقت السحور بين نصف الليل وطلوع الفجر Waktu sahur adalah antara separuh malam hingga terbitnya fajar. [Al-Majmu’ Sharh Al-Muhazzab]. Oleh itu, jika dia makan selepas separuh malam, maka dia mendapat pahala sunnah bersahur. Jika sebelum separuh malam, ia tidak dikira sahur. Sebaiknya dilewatkan sahur itu hingga hampir waktu fajar. عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ...

Read More

Wujudkah Sedekah Subuh?

dalam sesi Hisnul Muslim, saya mendapat soalan tentang ‘Sedekah Subuh’. Ustaz yang bertanya menimbulkan persoalan adakah orang yang sedekah sebelum masuknya waktu Subuh, akan dapat jua fadhilat ‘Sedekah Subuh’? . Jawapan saya: . Isu ‘Sedekah Subuh’ merujuk kepada hadis berikut: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا ‏ Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Setiap kali hamba-hamba Allah memasuki waktu pagi, dua malaikat akan turun. Salah satu malaikat itu berkata: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ...

Read More

Bagaimana wahyu disampaikan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam?

Allah berfirman: ﴿ إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا (163) ﴾ Sesungguhnya kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi selepasnya. Kami telah memberikan wahyu kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub dan cucu cicitnya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun, Sulaiman, dan kami telah memberikan Zabur kepada Daud. [An-Nisa’ : 163] . Dalil ini menunjukkan bahawa wahyu telah diberikan kepada rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam lagi. Ia merupakan jawapan kepada kelompok ahlul kitab yang meragui wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad...

Read More

Amalan Sunnah Ketika Gerhana

Al-Kusuf (الكسوف) bermaksud gerhana matahari tidak kira sama ada gerhana itu adalah gerhana penuh atau sebahagian sahaja. Al-Khusuf (الخسوف) pula bermaksud gerhana bulan tidak kira sama ada gerhana itu adalah gerhana penuh atau sebahagian sahaja. Adakalanya salah satu perkataan ini digunakan dengan maksud gerhana secara umum sama ada ia adalah gerhana matahari atau bulan. Oleh kerana itu solat sunat gerhana merupakan solat sunat kerana sesuatu sebab. Sebab yang membolehkan didirikan solat gerhana ialah apabila gerhana itu berlaku. Jika tidak terjadi gerhana, maka tidak boleh didirikan solat ini. Hadis-hadis berkaitan solat gerhana Dalam bahagian ini akan ditampilkan beberapa hadis berkaitan...

Read More

Benarkah haram berpuasa selepas 15 Sya’ban?

Benarkah haram berpuasa selepas 15 Sya’ban? Ini merupakan satu persoalan yang wujud dalam kitab-kitab feqh. Tulisan di bawah mengumpulkan sedikit perbahasan ulama berkaitan status hadis berkaitan, dan apakah pendapat ulama berkaitan hukum hal ini. Hadis-hadis melarang berpuasa selepas 15 Sya’ban عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا ‏”‏ ‏.‏ Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila telah masuknya separuh Sya’ban, janganlah kalian berpuasa.  [Sunan Abi Daud, Kitab al-Sawm, Bab Fi Karahat adz-Dzalik, no: 2337]. Hadis ini turut diriwayatkan di dalam Musannaf Abdul Razzaq...

Read More

JEMPUTAN KULIAH

Jumlah Pelawat

  • 2
  • 3,179
  • 2,453,772
  • 615,257